Saturday, 17 August 2013

Cerita Raya 2013

Assalamualaikum...

Tatkala semua umat Islam seluruh dunia sedang meraikan Hari Lebaran tahun ni 2013, kami sekeluarga tersangatlah sedih atas pemergian yang tidak disangka-sangka..
Tanggal seminggu berpuasa bulan Julai lepas, arwah mak sedara kesayangan telah pergi ke rahmatullah bersama-sama dengan arwah anaknya..anak kedua daripada 3 beradik.. arwah berumur 15thn dan bakal menduduki peperiksaan PMR pada hujung tahun nie.. malangnya arwah tidak dapat menduduki peperiksaan tersebut.. malah mereka berdua tidak dapat beraya bersama-sama kami dan memakai persalinan sedondon dengan kami..:((

Sesungguhnya ajal dan maut di tangan Tuhan..setiap kehidupan pasti ada kematian
Raya tahun ni memang sunyi tanpa gelak tawa arwah..
mak pula tidak berapa sihat akibat kemalangan bersama arwah akibat kebiadapan pengguna jalan raya yang menggunakan lorong kecemasan tu.. memang geram sungguh lh tapi semuanya sudah tertulis sejak dari Loh Mahfuz setiap kejadian ada hikmahnya..hanya Allah swt sahaja lh yang Maha Mengetahui..

Lebaran tahun ni disambut secara sederhana saja.. berduyun-duyun sahabat teman teman arwah maklang datang menziarah di kampung.. terima kasih kerana sudi datang walaupun kita semua sedih atas berita tersebut.. memang tidak disangka terlalu awal rasanya pemergian arwah..:((

Berikut untuk tatapan peribadi kenangan bersama-sama arwah maklang..
Ya Allah.. kau cucuri lah rahmat ke atas roh Allahyarhamah Widayati binti Abdol Aziz dan Allahyarham Muhammad Syafiq bin Muhammad Yusob..amiinn.. 

kenangan ketika di Langkawi (kiri ) dan di Felda Hotspring (Perak)


Kenangan di Langkawi



Kek yang dibeli oleh arwah maklang ketika bercuti di Felda Hotspring bagi meraikan besday ktorang yang lahir bulan November..arwah lahir 25 nov..



kenangan bersama ketika raya tahun 2010 dan 2008




di Felda HOtspring (baju pink arwah maklang sebelah saya)

sentuhan makeup kali pertama dan kali terakhir oleh arwah maklang..:((

p/s: #Al-Fatihah
saya rindu sangat arwah maklang saya...:((

SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN




1 comment: